Waktu Asar: Kawasan Sekitar Jabalia, Palestin.
Phuss...! Angin yang membawa debu pasir halus menampar muka aku tatkala pintu markas dikuak.
Dengan lafaz basmalah, setapak melangkah keluar. Masih ada ragu-ragu, apakah ada tentera rejim zionis di kiri, kanan, depan mahupun belakang markasku, menunggu saat sesuai untuk membunuh satu-satunya mujahidin yang berjaya bersembunyi dan masih hidup dalam kawasan Jabalia ini.
Senapang Kalashnikov AK-107 dibelakang dikemaskan. Hanya senapang jenis itu sahaja yang tinggal, itupun dicuri daripada markas tentera zionis.
Purdah yang menutupi kawasan hidung, mulut dan dahiku dikemaskan agar tiada siapa mengetahui jantinaku. Dengan berniat syahid, aku mara ke kawasan berbukit, menanti kedatangan musuh laknatullah.
Mengingati teknik-teknik berperang yang diajar, sudah tiba masanya untuk aku sendiri, mempertahankan agamaku, setelah bumi Jabalia ini hampir bersih daripada golongan yang beragama Islam. Hanya tinggal aku.
Tamparan angin kini semakin melampau, bau hanyir darah di segenap pelosok seolah-olah dipaksa untuk memasuki di celah-celah ruang kain purdahku.
Biasalah, tak mungkin ada bau yang enak yang akan dihidu ketika berjihad.
Tamparan angin kian melampaui batasnya, aku hampir terpelosok ke dalam pasir dek kerana ringannya badan aku, kesan berpuasa sunat.
Biasalah, ketika perang Khandak juga para sahabat berpuasa. Inikan jihad.
Aku cuba bangun, melangkah perlahan-lahan, terasa kaki ingin dimanja. Naluri seorang wanita terbit biarpun bergelar mujahidin.
Biasalah, waktu jihad mana ada pusat spa...
Nafsu perlu ditangguh dahulu, ada misi yang perlu dilaksanakan.
Mara ke kawasan bukit-bukau!
....
..
Musuh-musuhku.... kelihatan begitu ramai dan menakutkan...
Allah, aku bergantung kepadamu!
Waktu Asar: Kawasan sekitar Taman Damai, Parit Buntar.
Phuss...! Angin yang membawa udara panas meresap masuk kedalam pori-pori wajahku yang baru disapu krim penghadang matahari. Pemanasan Global makin melampau gamaknya.
Dengan lafaz basmalah, setapak melangkah keluar, memakai sandal Pallas yang baru dibeli di Billion semalam. Masih ada ragu-ragu, apakah tayar basikalku masih baik untuk dinaiki memandangkan sudah lama aku tak menyentuhnya, merajuk lagikah basikalku itu atau mampu bertahankan basikalku menahan berat badanku yang kian bertambah kesan nasi lemak Makcik mengumpat Rozita Che Wan? Allah sebaik-baik penolong.
Beg sandangku dikemaskan, hanya itu beg yang masih elok dipakai. Yang lain sudah berlubang sana sini. Tudung selaku pelengkap aurat di kemaskan.
'Onning' dibaiki beberapa kali sebelum melangkah keluar agar tidak selekeh kelihatannya nanti.
Dengan berniat syahid, aku menuntun basikal menuju ke pagar automatik.
Mengingati teknik-teknik dalam matematik tambahan, sudah tiba masanya untuk aku menambah ilmu yang sedia ada, hadirnya aku ke pusat pengajian itu kelak, sebagai seorang yang jahil dan kosong. Hadir untuk belajar. ya!
Tamparan angin kini semakin melampau, bau eksos kereta dan najis kucing di segenap pelosok senang-senang memasuki corong yang disediakan. Kalau tak ditahan boleh berdarah!
Tamparan angin kian melampaui batasnya, aku hampir terjatuh basikal dek kerana tayar basikal yang melanggari tembok di bahu jalan.
Nafsu perlu ditangguh dahulu, ada misi yang perlu dilaksanakan.
Mara ke pusat Tuisyen Arunlee!
....
..
Wah, manusia-manusia seperjuangan, muka mereka kelihatan begitu menakutkan !
Allah, aku bergantung kepadamu!
[Kebergantungan kepada Allah tu biar ada!]
Ada apa dengannya?
Diceritakan seorang gadis, baik paras rupa, bagus akalnya, manis budinya namun imannya tak mencukupi kalau nak tampung itu semua. Hanya tudung yang labuh semata-mata. Jadi dimana jahilnya?
"Dulu masa zaman jahiliyyah, akak tak tahu gambar kita tak boleh letak suka-suka kat friendster, myspace atau mana-mana pun. Jadi akak pun letak muka akak yang lawa-lawa, akak letak kat Friendster. Yang tak lawa buat apa nak letak. [sambil ketawa] gambar dengan kawan-kawan tak banyak, jadi akak letak gambar akak yang agak-agak penuh satu skrin tu, boleh kata banyak la jugak. Pastu ramai la lelaki-lelaki ajnabi dan perempuan-perempuan puji gambar akak lawa la, manis la, comel la. Mula-mula bangga bukan main lagi. Siap letak jadi primary photo lagi, tapi ada rasa bersalah SIKIT. Entahlah, rasa lain macam.
Ditakdirkan Allah, suatu hari akak buka blog seorang akh ni, maaflah tak ingat alamat. Ada satu entri yang berjaya mencuri pandangan akak. Ada satu perkataan ni, pedas la juga. Kalau akak tak tahu yang akak salah, memang rasa macam nak marah orang tu. Tapi bila fikir secara Islam dan menggunakan akal, bukan melalui hati yang entah bagaimana keadaan kesihatannya, memang ada betulnya.
Sesetengah muslimah di luar adakalanya marah kalau ditenung lama-lama. Ada lah yang digelar gatal, miang dan sebagainya. Tapi kalau mereka meletakkan gambar mereka di internet, apalah jaminannya untuk kaum-kaum adam ini merenung muka muslimah-muslimah ini lama-lama?
Lain pula ceritanya kalau muslimah tersebut marah apabila ditenung kerana khuatir akan terlihat oleh lelaki tersebut akan jerawat yang tiba- tiba muncul. Alahai..
Penjelasan ini tak seberapa sebenarnya. Cuma kalau dilontarkan permasalahan ini kepada wanita yang masih ada imannya, jika dikatakan kepada mereka
"Peliharalah dirimu"
maka secara automatiknya, wanita itu akan cuba untuk berubah sedikit demi sedikit kerana betama dalamnya maksud pelihara itu. Tak sia-sialah andainya wanita itu diibaratkan seperti permata. Makin diusik, makin kurang lah harganya. huhuhu! [?] "

------------------------------------------------------------------------------------------------
Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah
"Kenapa engkau mengikutku?"
"Aku tertarik dengan kecantikanmu"
Jawapan yang cukup angkuh
Namun mengundang seibu soalan
Bila bungkusan merah diterima di tangan MUSLIMAT,
Contohilah wanita itu
Bukan dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga keperibadianmu
Aku sering tertanya
Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara Kepada lelaki yang bukan muhrim
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak diceritakan lagi, dulu memang kira penuh satu kotak lamaran-lamaran untuk bercouple dan surat-surat cinta masa sekolah menengah. Ada yang berbalas, ada yang tak. Rasa macam diri ni murah sangat. Lepas akak ubah imej bagi tak lawa sikit[eceh] dan cuba untuk tidak memandang mana-mana lelaki yang tidak halal bagi wanita muslimah kecuali untuk perkara tertentu, Alhamdulillah. Rasa ibadah pun macam dah sedikit sempurna. Kekhusyukan solat berjaya dikecapi. Rasa lebih disayangi Allah. Tambah-tambah bila baca mengenai serikandi Islam, Rabiatul Adawiyah. Alahai, kalaulah akak dapat jadi macam dia.."

Adakalanya, bila berseorangan, macam-macam cerita yang keluar dari hati. Termasuk yang atas ni. :) Memang kena batang hidung, jari-jemari dan mata yang membaca ni sendiri.
kesal
"Perumpamaan aku dan kamu adalah seperti seorang lelaki yang duduk berdekatan unggunan api maka banyaklah belalang dan rama-rama (kelekatu) yang menjatuhkan diri ke dalam api itu, maka orang itu berusaha sedaya upaya untuk menyekat binatang-binatang tadi supaya jangan sampai jatuh ke dalamnya. Aku (rasulullah) berusaha memegang simpulan kain kamu supaya kamu jangan jatuh ke dalam jurang api neraka, namun ramai di kalangan kamu yang masih juga hendak melepaskan diri daripada peganganku"
H.R Bukhari
-
Sony keluarkan `MJ This Is It’ dalam bentuk DVD - NEW YORK 1 Dis. – `Michael Jackson This Is It’, sebuah filem berkenaan latihan terakhir Raja Pop sebelum kematian beliau akan dikeluarkan dalam bentuk cake...
-
New GLC to do research, produce vaccines for contagious diseases - KUALA LUMPUR: The government has set up a government linked company (GLC) to do research and produce vaccines for contagious diseases like Influenza A(H1N1...
